Showing posts with label flyers. Show all posts
Showing posts with label flyers. Show all posts

Saturday, 30 November 2013

Design dan Print Flyers untuk Restoran My Recipee

Haa, sebut je design dan print flyers My Recipee mesti anda semua teringatkan Secret Recipe betul tak? Salah sama sekali sebab My Recipee ni adalah sebuah restoran baru bertempat di 'One City Shopping Mall' di Puchong just before a Petronas Station on your left side (kalau anda dari Shah Alam lah).

So, macam biasa lah naa..since ini adalah blog berpaksikan nama design iaitu Kiz Design, Kiz akan hanya berceloteh tentang design (dan printing) semata-mata okeh! (marah nampak?) So jom kita nengok design flyers terbaru dari Kiz ni.


Design My Recipee bahagian belakang




                                                       Design My Recipee bahagian hadapan

Untuk design flyers yang kali ni, since tuan punya flyer nak tema warna ikut style kedai makan dia yang kemerahputihan, so Kiz buatkanlah design dengan tema warna Merah, Putih dan sedikit Kelabu. Yup, design Kiz adalah mengikut citarasa anda dan sedikit kreativiti dari Kiz sendiri. So gambar kat atas ni lah hasilnya, modern & contemporary (eh betul ke aku eja nih?)


Dissapointing Part

Kalau dalam drama ke movie ke mesti ada part-part yang tak best sket kan? Ahaa samalah jugak dengan design ni. Untuk design kali ni, Kiz rasa tak pueh hati sangat part yang 'Spaghetti kuning' tu yang dimana sepatutnya adalah Bolognose Speghetti *macam salah lah pulak ejaan ni* sebab tuan dia bagi gambar yang dicaptchakan guna handphone je so gambar tu tak clear dan memberi sedikit kecacatan pada design daku..huwaaa..

So moral of da story, please kalau nak masukkan gambar bagi gambar yang jelas, cantik dan bersaiz besar. kalau boleh jangan gambar dari handphone.

Are you feeling interested?

Ahah, kalau berminat nak tempah design sahaja ataupun design dan printing flyers silalah ambil handphone anda dan SMS saya di 017-9074341 (KIZ). Kalau boleh jangan call untuk tanya harga coz saya tak ingat semua harga, kalau nak harga nanti saya akan email quotation harga terus ke email.

P.S : Jom lawat blog baru Kiz di www.secretwhiteonline.blogspot.com

Contact Us   
017-907 4341 (Kiz)  |   syaizzalkiz@gmail.com   | www.facebook.com/kizdesign

Tuesday, 9 October 2012

Dari Tadika ke budak tadika..

Salam sejahtera & sorry lambat update sebab lately Kiz dapat banyak tempahan design sampai tak sempat nak sapu sesawang kat blog ni. So hari ni Kiz nak update tentang satu order design dari Akak Izzah iaitu owner sebuah tadika yang bernama "Tadika An-Nur Barakah".

So biasanya kalau tadika mesti kita akan fikir nak main letak je kartun-kartun, pastu buat corak yang giler-giler warna warni punya and all that stuff la kan. Tapi dengan Kak Izzah ni, she want something different. Dia bagi letak kartun tapi kartun yang muslimah sahaja sebab tadika dia ni adalah sebuah tadika muslimah yang akan berikan didikan agama sejak dari kecil gitu. haa bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya eccehh.

Akak Izzah buat tempahan design namecard/business card, flyers, lapik cawan, car sticker & bunting. Memang terkelamkabut jugaklah kiz nak kena buat design ni..tapi takpe, dimana ada kemahuan disitu ada jalan ewah. Ok lah nak bebel panjang-panjang pun tak guna jugak, jom terjah gambar design kat bawah ni..

design flyers untuk tadika.


Ni design name card dari hadapan.


Ni design business card dari belakang pulak.


Ahaa ni design yang ala-ala lapik cawan tu.


So setakat ini sajalah perkongsian untuk hari ini. Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, bolehlah email Kiz di  syaizzalkiz@gmail.com atau PM di Facebook KizDesign.